Friday, 16 September 2016

Bab 2 Pengurusan Pembelajaran : Pengurusan Masa

KEMAHIRAN MENGURUS MASA

Pelajar harus dapat mengurus masa dengan baik agar pengunaan masa dapat diseimbangkan diantara aktiviti belajar dengan aktiviti yang lain. Kegagalan mengurus masa dengan berkesan menjadi salah satu faktor kegagalan seseorang. Kejayaan yang telah dicapai oleh nama-nama terbilang di malaysia di dalam peperiksaan yang lalu mengakui bahawa pengurusan masa amat penting di dalam mereka memburu kejayaan.



Pastikan waktu mengulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya 3 jam sehari. Jangan salah faham. Bukan belajar selama 3 jam secara berterusan. 1 jam pada waktu pagi. 1 jam pada waktu petang dan 1 am pada waktu malam.

Kebisaannya tumpuan akan hilang ketika kita mengulangkaji pelajaran. Jangan paksa keadaan ini. Rehatlah sebentar dengan cara menarik nafas atau melakukan senaman ringan atau minum sedikit air kosong (suam) untuk mengembalikan kesegaran.

Untuk mengelakkan kejemuan, pelbagaikan aktiviti semasa belajar. Membuat catatan apa yang dibaca, melafazkan semula apa yang dibaca, menukarkan maklumat di dalam bentuk peta minda boleh dipraktikkan bagi tujuan itu. Proses secara berselang seli akan mendatangkan impak yang berkesan.



Ketika mengulangkaji adalah lebih sesuai kita meletakkan matlamat pada kemampuan jangkuan kita. Tetapkan matlamat berdasarkan peruntukakan masa. Dalam sejam berdasarkan pengalaman yang lalu kita hanya mampu membaca 10 muka surat dengan tumpuan yang sepenuhnya. Oleh yang demikian matlamat untuk menghabiskan 20 muka surat dalam masa sejam adalah tidak tepat. Kerana ia akan mengundang kejemuan dan stress. Kita juga tidak juga boleh hanya menetapkan 5 muka surat sahaja untuk dihabiskan selama 1 jam. Keadaan ini akan mengujudkan keselesaan yang tidak sepatutnya. Belajar dengan terlalu santai tidak setimpal dengan nisbah masa yang digunakan dan tidak tepat dengan matlamat yang ingin dicapai.

Begitu juga ketika kita membuat soalan latihan atau menjawab contoh-contoh soalan lalu. Tetapkan dahulu jumlah set soalan yang ingin dijawab dan sesuaikan masa yang akan digunakan. Latihan penulisan yang biasanya amat membosankan oleh segelintir pelajar perlu dirancang dengan baik. Menulis selain amat memenatkan dari segi fizikal ia juga memenatkan minda kita. Namun perlu diingat hampir 80 peratus soalan di dalam peperiksaan perlu dijawab dengan cara menulis.


Sediakan senarai aktiviti belajar seharian ( list to do ). Pangkahkan kepada kerja-kerja yang telah sempurna dilakukan. Semak semula sepintas lalu tahap pencapaian kerja yang telah selesai. Perbaiki kelemahan pada masa akan datang jika ia melibatkan teknik. Tetapi jika kelemahan itu adalah kelemahan yang besar, perbaiki kelemahan secara semerta agar kelemahan itu tidak terbawa-bawa dan menjadi satu kebiasaan di masa depan. Sediakan senarai to do list untuk hari berikutnya. Agar apabila kita memulakan hari baru perjalanan pembelajaran dan aktiviti yang akan di lalui esok hari akan teratur. Pada kebiasaannya aktiviti pembelajaran hampir sama, namun mungkin berbeza dari tugasan yang kita perlu buat dan selesaikan. Ada tugasan yang diberi oleh guru telah sampai masanya untuk dihantar. ada tugasan berbentuk individu dan mungkin juga ada tugasan yang melibatkan kumpulan. Jangan jadikan diri kita menjadi sebab tugasan kumpulan tidak dapat disempurnakan.



Sistem pengurusan masa yang lebih baik untuk keperluan anda akan membantu anda membuat kerja dalam tempoh yang singkat. Tidak kira sama ada keutamaan anda ialah masa yang lebih daripada yang anda ada sekarang atau gred yang lebih baik, pengurusan masa yang berkesan boleh membantu anda mencapai objektif anda kerana :

-Membantu anda membuat sesuatu ikut keutamaan.
-Membantu anda menghindar perangkap masa
-Membantu anda untuk menjangka peluang-peluang yang ada
-Memberi anda kebebasan dan kawalan
-Membantu anda menghindar daripada konflik masa
-Membantu anda menghindar rasa bersalah
-Membantu anda menilai kemajuan anda
-Membantu anda belajar bagaimana untuk belajar dengan bijak  


                                              
Selain daripada membantu mengurus masa anda dengan betul sekarang dan mencapai matlamat pembelajaran yang terdekat, pengurusan masa berkesan akan memberi faedah jangka panjang. Pernakah anda duduk di dalam kelas dan berfikir, " Saya tidak akan menggunakan bahan-bahan ini setelah tamat sekolah?"
Belajar pengurusan masa sekarang akan membantu anda bersedia untuk masa hadapan ?
Belajar bagaimana mengurus masa anda sekarang akan membentuk tabiat dan kemahiran yang anda boleh gunakan di luar daripada sekolah.
Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat. Cuba anda tanya dan jawab persoalan ini......

Adakah waktu belajar saya setakat ini mencukupi ? ya / tidak
Adakah saya menambah waktu belajar saya menjelang peperiksaan ? ya / tidak
Adakah waktu rehat saya berlebihan ? ya / tidak
Adakah saya menggunakan waktu rehat apabila waktu peperiksaan semakin hampir ? ya / tidak
Adakah saya membaca nota ketika saya menunggu kenderaan semasa hendak pergi dan balik dari sekolah ? ya / tidak
Adakah saya membaca nota saya semasa di dalam perjalanan yang jauh ? ya / tidak
Adakah saya melakukan aktiviti pembelajaran semasa cikgu lambat atau tiada di dalam kelas? ya / tidak
Adakah saya menggunakan sedikit masa untuk matapelajaran yang saya lemah atau tidak minat ? ya / tidak
Adakah saya menghabiskan terlalu banyak masa terhadap masa yang saya minati ? ya / tidak

Dengan pengurusan masa belajar yang saya amalkan selama ini, adakah pencapaian yang diperolehi memuaskan hati saya ? ya / tidak

Bab 2 Pengurusan Pembelajaran : Penetapan Matlamat Diri dan Akademik

"Setiap orang mempunyai matlamat yang sama, cuma cara yang mereka gunakan untuk merealisasikannya mungkin berbeza"

Assalamualaikum semua! Untuk post-post saya yang lepas, saya telah rungkaikan segala persoalan anda tentang konsep kemahiran belajar serta sedikit pendedahan tentang persekitaran pembelajaran di IPG. Diharapkan bagi pelajar-pelajar IPG yang telah membaca post saya yang sebelum ini, bolehlah cuba amalkan, ambil input yang sebaiknya melalui nota-nota tersebut, dan cubalah untuk aplikasikan dalam kehidupan seharian ya.

Okay, pada kali ini, saya ingin kongsikan tentang salah satu subtopic dalam Bab 2 iaitu Pengurusan Pembelajaran iaitu Penetapan Matlamat Diri dan Akademik. 

Penetapan matlamat diri dan akademik boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART



SMART digunakan untuk
membantu individu untuk bagi menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang pengajian dan sepenuh hayat.

SMART
S ---  Specific
M--- Measurable
A--- Attainable
R--- Realistic
T---- Timely
                                ( O'Neill & Conzemius,2006)

S= Spesifk bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan menjawab kesemua soalan siapa, apa, di mana, bila, bagaimana, kenapa.
M=Matlamat yang ditetapkan mesti boleh diukur .
A= Pencapaian yang realistik iaitu boleh diperoleh oleh diri individu berkenaan
R= Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat

T= Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan.

Haa dah jelas kan? Semoga nota yang dikongsikan ini dapat membantu meningkatkan keyakinan diri anda semua dalam menuntut ilmu dengan menimbulkan niat dalam diri anda untuk menetapkan matlamat diri anda serta matlamat akademik anda. InshaaAllah. 

Thursday, 15 September 2016

Bab 1 Pengenalan Kemahiran Belajar : Pembelajaran Regulasi Kendiri

Assalamualaikum!
Hari ini kita akan lihat dengan lebih lanjut berkaitan pembelajaran regulasi kendiri.....


Definisi Pembelajaran Regulasi Kendiri

Pembelajaran regulasi kendiri merupakan suatu proses pembelajaran di mana pelajar:
-menentukan sendiri matlamat pembelajaran masing-masing
-memilih alat bantu belajar mereka sendiri
-menggunakannya dalam pembelajaran mereka
-mengkaji dan menilai pendekatan pembelajaran dan hasil usaha mereka untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu

7 Elemen dalam Proses Pembelajaran Regulasi

MOTIVASI KENDIRI- motivasi kendiri pelajar untuk belajar dengan berkesan. pelajar akan bermotivasi jika mereka mempunyai kualiti kendiri yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya

PERANCANGAN MASA- membantu pelajar merancang kaedah ynag terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi sesuatu tugasan. pelajar merancang lebih awal tugasan dan menggunakan masa dengan berkesan untuk mencapai matlamat

PENGAWALAN TUMPUAN- memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan pembelajaran. cuba fokuskan tumpuan pada isi-isi pelajaran yang ada dan hindari fikiran dan emosi daripada terganggu dan tidak fokus

APLIKASI STRATEGI PEMBELAJARAN- pelajar memilih dan menggunakan dengan betul cara untuk memproses bahan yang diperolehi. memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi

MENETAPKAN MATLAMAT- mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran. pelajar perlu tahu perkara yang mereka mahu apabila belajar iaitu: mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik atau hanya untuk mendapatkan pemahaman secukupnya untuk persediaan peperiksaan

PEMANTAUAN KENDIRI- pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada terdapat sebarang perkembangan dalam mencapai matlamat. sentiasa memantau perkembangan semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran jika perlu

PENILAIAN KENDIRI- pelajar menilai sendiri hasil akhir daripada aktiviti pembelajaran. pelajar menentukan sanma ada apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang telah ditetapkan

3 Aspek Umum Akademik dalam Pembelajaran Regulasi Kendiri
-Kawalan akhlak kendiri
-Kawalan motivasi kendiri
-Kawalan strategi kendiri



Gaya Pembelajaran Akses Kendiri
-Pembelajaran akses kendiri (PAK) ialah satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, cara dan tempoh belajar
-Murid belajar secara kendiri melalui bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau perkembangan sendiri
-Murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka

Bab 1 Pengenalan Kemahiran Belajar : Pembelajaran Regulasi Kendiri

Assalamualaikum!
Hari ini kita akan lihat dengan lebih lanjut berkaitan pembelajaran regulasi kendiri.....


Definisi Pembelajaran Regulasi Kendiri

Pembelajaran regulasi kendiri merupakan suatu proses pembelajaran di mana pelajar:
-menentukan sendiri matlamat pembelajaran masing-masing
-memilih alat bantu belajar mereka sendiri
-menggunakannya dalam pembelajaran mereka
-mengkaji dan menilai pendekatan pembelajaran dan hasil usaha mereka untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu

7 Elemen dalam Proses Pembelajaran Regulasi

MOTIVASI KENDIRI- motivasi kendiri pelajar untuk belajar dengan berkesan. pelajar akan bermotivasi jika mereka mempunyai kualiti kendiri yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya

PERANCANGAN MASA- membantu pelajar merancang kaedah ynag terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi sesuatu tugasan. pelajar merancang lebih awal tugasan dan menggunakan masa dengan berkesan untuk mencapai matlamat

PENGAWALAN TUMPUAN- memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan pembelajaran. cuba fokuskan tumpuan pada isi-isi pelajaran yang ada dan hindari fikiran dan emosi daripada terganggu dan tidak fokus

APLIKASI STRATEGI PEMBELAJARAN- pelajar memilih dan menggunakan dengan betul cara untuk memproses bahan yang diperolehi. memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi

MENETAPKAN MATLAMAT- mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran. pelajar perlu tahu perkara yang mereka mahu apabila belajar iaitu: mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik atau hanya untuk mendapatkan pemahaman secukupnya untuk persediaan peperiksaan

PEMANTAUAN KENDIRI- pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada terdapat sebarang perkembangan dalam mencapai matlamat. sentiasa memantau perkembangan semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran jika perlu

PENILAIAN KENDIRI- pelajar menilai sendiri hasil akhir daripada aktiviti pembelajaran. pelajar menentukan sanma ada apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang telah ditetapkan

3 Aspek Umum Akademik dalam Pembelajaran Regulasi Kendiri
-Kawalan akhlak kendiri
-Kawalan motivasi kendiri
-Kawalan strategi kendiri



Gaya Pembelajaran Akses Kendiri
-Pembelajaran akses kendiri (PAK) ialah satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, cara dan tempoh belajar
-Murid belajar secara kendiri melalui bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau perkembangan sendiri
-Murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka

Bab 1 Pengenalan Kemahiran Belajar : Persekitaran Pembelajaran di IPG

Assalamualaikum semua! Anda semua tengah buat apa agaknya ya cuti-cuti begini? Kalau pelajar-pelajar IPG sudah tentu sibuk untuk menyiapkan assignments masing-masing kan?

Haa kali ini saya akan kongsikan kepada anda semua tentang persekitaran pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Seperti mana yang diketahui oleh semua,,

Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru. Bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI).

Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian. Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG.

Persekitaran dan budaya pembelajaran di IPG adalah jauh berbeza dengan situasi yang anda pernah alami ketika berada di alam persekolahan. Persekitaran di IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan dimensi budaya seperti yang berikut:


BUDAYA ILMU
Pembelajaran sepanjang hayat
Berilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini (syumul)
Menguasai, mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu
Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
Mengamalkan penyelidikan



    BUDAYA KEPIMPINAN
Kebolehan membuat keputusan
Pemikiran reflektif
Berupaya menyelesaikan masalah
Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan
Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran
Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran
Kesetiaan kepada organisasi
Menepati masa, cekap, tepat dan mematuhi prosedur
Menitikberatkan kerja sepasukan dala, menjayakan aktiviti organisasi



   BUDAYA AKHLAK DAN MORAL
Sentiasa bersyukur
Merendah diri (tawaduk)
Redha dengan qada dan qadar
Taqwa
Ikhtiar dan doa
Mematuhi etika



   BUDAYA PENYAYANG
Keprihatinan dengan makhluk
Sayang diri, keluarga dan masyarakat
Sayang akan profesion
Sayang akan alam sekitar
Sayang akan warga dan organisasi
Sayang akan negara
Kesihatan dan Kecergasan fizikal
Kematangan emosi
Ketenangan rohani dan bertaqwa
Keterbukaan minda, positif, matang dan rasional
Persekitaran mesra



   BUDAYA ESTETIKA
 Kehalusan budi
Keunggulan peribadi
Kesempurnaan kerja
Keindahan kebudayaan dan bangsa
Keindahan persekitaran



Itulah diantara serba sedikit nilai yang dapat dipupuk apabila kita berada di IPG..Jadi, kepada adik-adik lepasan SPM yang berminat hendak menjadi guru bolehlah memohon untuk sambung belajar di IPG..
Setakat ini sahaja coretan yang dapat saya kongsikan pada petang ini.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Bab 1 Pengenalan Kemahiran Belajar : Konsep Kemahiran Belajar

Sebelum merujuk kepada definisi kemahiran belajar, kita terlebih dahulu perlu merujuk kepada pengertian kemahiran dan juga pengertian belajar.

Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke3), kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian. Manakala, belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Hal ini kerana adanya rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai dengan organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak, membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan serta perubahan tingkah laku seseorang.


Dengan kata lain,  belajar adalah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Selain itu, belajar juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi dan mengaplikasikannya kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.

Di samping itu, belajar adalah cara memproses maklumat yang membawa kepada perubahan pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran seseorang. Pelbagai sifat boleh didapati dalam diri manusia. Cara belajar, mahupun persepsi manusia terhadap belajar juga turut berlainan. Walaupun belajar telah menjadi satu kebiasaan dan kewajiban bagi manusia pada zaman ini, namun masih terdapat segelintir manusia yang menganggap belajar itu adalah suatu proses yang susah.maka secara tidak langsung wujudlah kelompok masyarakat yang tidak gemar belajar dan seterusnya tidak belajar sehingga mana-mana peringkat kelulusan pun.


Namun, dalam keadaan sedar atau pun tidak, belajar bukan sahaja untuk golongan bijak pandai, golongan kaya dan ia juga tidak dijalankan pada setiap hari dan setiap masa secara formal. 

Sebenarnya, tiada alasan bagi sesiapa pun untuk tidak belajar kerana manusia mengalami proses belajar pada bila-bila masa sahaja termasuklah belajar dari pengalaman hidup.

Ramai yang menganggap belajar hanya boleh berlaku di dalam kelas, bersama guru yang mengajar, mengambil nota, dan mengulangkaji untuk peperiksaan. Hakikatnya, belajar boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila malah dengan sesiapapun. Contohnya, sejak kecil lagi manusia telah mula belajar. Belajar untuk bertatih, berjalan dan bercakap. Proses awal ini berlaku apabila manusia belajar mendengar suara ibu bapa, mengenal persekitaran dan seterusnya belajar menggunakan sentuhan, pandangan, pendengaran, bau dan rasa.


Manakala, definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian dan pendapat terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu.

Seterusnya, Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan.Justeru itu,kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar.

Menurut Selmes (1987), kemahiran belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran Belajar merupakan keupayaan dan kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju kearah pembelajaran seumur hidup.

Kesimpulannya, dalam usaha untuk mendapatkan kejayaan akademik, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan supaya dapat mengurangkan masalah belajar setiap pelajar.