KEMAHIRAN MENGURUS MASA
Pelajar harus dapat mengurus masa dengan baik agar pengunaan
masa dapat diseimbangkan diantara aktiviti belajar dengan aktiviti yang lain.
Kegagalan mengurus masa dengan berkesan menjadi salah satu faktor kegagalan
seseorang. Kejayaan yang telah dicapai oleh nama-nama terbilang di malaysia di
dalam peperiksaan yang lalu mengakui bahawa pengurusan masa amat penting di
dalam mereka memburu kejayaan.
Pastikan waktu mengulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya 3
jam sehari. Jangan salah faham. Bukan belajar selama 3 jam secara berterusan. 1
jam pada waktu pagi. 1 jam pada waktu petang dan 1 am pada waktu malam.
Kebisaannya tumpuan akan hilang ketika kita mengulangkaji
pelajaran. Jangan paksa keadaan ini. Rehatlah sebentar dengan cara menarik
nafas atau melakukan senaman ringan atau minum sedikit air kosong (suam) untuk
mengembalikan kesegaran.
Untuk mengelakkan kejemuan, pelbagaikan aktiviti semasa
belajar. Membuat catatan apa yang dibaca, melafazkan semula apa yang dibaca,
menukarkan maklumat di dalam bentuk peta minda boleh dipraktikkan bagi tujuan
itu. Proses secara berselang seli akan mendatangkan impak yang berkesan.
Ketika mengulangkaji adalah lebih sesuai kita meletakkan
matlamat pada kemampuan jangkuan kita. Tetapkan matlamat berdasarkan
peruntukakan masa. Dalam sejam berdasarkan pengalaman yang lalu kita hanya
mampu membaca 10 muka surat dengan tumpuan yang sepenuhnya. Oleh yang demikian
matlamat untuk menghabiskan 20 muka surat dalam masa sejam adalah tidak tepat.
Kerana ia akan mengundang kejemuan dan stress. Kita juga tidak juga boleh hanya
menetapkan 5 muka surat sahaja untuk dihabiskan selama 1 jam. Keadaan ini akan
mengujudkan keselesaan yang tidak sepatutnya. Belajar dengan terlalu santai
tidak setimpal dengan nisbah masa yang digunakan dan tidak tepat dengan
matlamat yang ingin dicapai.
Begitu juga ketika kita membuat soalan latihan atau menjawab
contoh-contoh soalan lalu. Tetapkan dahulu jumlah set soalan yang ingin dijawab
dan sesuaikan masa yang akan digunakan. Latihan penulisan yang biasanya amat
membosankan oleh segelintir pelajar perlu dirancang dengan baik. Menulis selain
amat memenatkan dari segi fizikal ia juga memenatkan minda kita. Namun perlu
diingat hampir 80 peratus soalan di dalam peperiksaan perlu dijawab dengan cara
menulis.
Sediakan senarai aktiviti belajar seharian ( list to do ).
Pangkahkan kepada kerja-kerja yang telah sempurna dilakukan. Semak semula
sepintas lalu tahap pencapaian kerja yang telah selesai. Perbaiki kelemahan
pada masa akan datang jika ia melibatkan teknik. Tetapi jika kelemahan itu
adalah kelemahan yang besar, perbaiki kelemahan secara semerta agar kelemahan
itu tidak terbawa-bawa dan menjadi satu kebiasaan di masa depan. Sediakan
senarai to do list untuk hari berikutnya. Agar apabila kita memulakan hari baru
perjalanan pembelajaran dan aktiviti yang akan di lalui esok hari akan teratur.
Pada kebiasaannya aktiviti pembelajaran hampir sama, namun mungkin berbeza dari
tugasan yang kita perlu buat dan selesaikan. Ada tugasan yang diberi oleh guru
telah sampai masanya untuk dihantar. ada tugasan berbentuk individu dan mungkin
juga ada tugasan yang melibatkan kumpulan. Jangan jadikan diri kita menjadi
sebab tugasan kumpulan tidak dapat disempurnakan.
Sistem pengurusan masa yang lebih baik untuk keperluan anda akan
membantu anda membuat kerja dalam tempoh yang singkat. Tidak kira sama ada
keutamaan anda ialah masa yang lebih daripada yang anda ada sekarang atau gred
yang lebih baik, pengurusan masa yang berkesan boleh membantu anda mencapai
objektif anda kerana :
-Membantu anda membuat sesuatu ikut keutamaan.
-Membantu anda menghindar perangkap masa
-Membantu anda untuk menjangka peluang-peluang yang ada
-Memberi anda kebebasan dan kawalan
-Membantu anda menghindar daripada konflik masa
-Membantu anda menghindar rasa bersalah
-Membantu anda menilai kemajuan anda
-Membantu anda belajar bagaimana untuk belajar dengan
bijak
Selain daripada membantu mengurus masa anda dengan betul
sekarang dan mencapai matlamat pembelajaran yang terdekat, pengurusan masa
berkesan akan memberi faedah jangka panjang. Pernakah anda duduk di dalam kelas
dan berfikir, " Saya tidak akan menggunakan bahan-bahan ini setelah tamat
sekolah?"
Belajar pengurusan masa sekarang akan membantu anda bersedia
untuk masa hadapan ?
Belajar bagaimana mengurus masa anda sekarang akan membentuk
tabiat dan kemahiran yang anda boleh gunakan di luar daripada sekolah.
Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggunakan masa
senggang dengan aktiviti yang bermanfaat. Cuba anda tanya dan jawab persoalan
ini......
Adakah waktu belajar saya setakat ini mencukupi ? ya / tidak
Adakah saya menambah waktu belajar saya menjelang
peperiksaan ? ya / tidak
Adakah waktu rehat saya berlebihan ? ya / tidak
Adakah saya menggunakan waktu rehat apabila waktu
peperiksaan semakin hampir ? ya / tidak
Adakah saya membaca nota ketika saya menunggu kenderaan
semasa hendak pergi dan balik dari sekolah ? ya / tidak
Adakah saya membaca nota saya semasa di dalam perjalanan
yang jauh ? ya / tidak
Adakah saya melakukan aktiviti pembelajaran semasa cikgu
lambat atau tiada di dalam kelas? ya / tidak
Adakah saya menggunakan sedikit masa untuk matapelajaran
yang saya lemah atau tidak minat ? ya / tidak
Adakah saya menghabiskan terlalu banyak masa terhadap masa
yang saya minati ? ya / tidak
Dengan pengurusan masa belajar yang saya amalkan selama ini,
adakah pencapaian yang diperolehi memuaskan hati saya ? ya / tidak
No comments:
Post a Comment