Thursday, 15 September 2016

Bab 1 Pengenalan Kemahiran Belajar : Pembelajaran Regulasi Kendiri

Assalamualaikum!
Hari ini kita akan lihat dengan lebih lanjut berkaitan pembelajaran regulasi kendiri.....


Definisi Pembelajaran Regulasi Kendiri

Pembelajaran regulasi kendiri merupakan suatu proses pembelajaran di mana pelajar:
-menentukan sendiri matlamat pembelajaran masing-masing
-memilih alat bantu belajar mereka sendiri
-menggunakannya dalam pembelajaran mereka
-mengkaji dan menilai pendekatan pembelajaran dan hasil usaha mereka untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu

7 Elemen dalam Proses Pembelajaran Regulasi

MOTIVASI KENDIRI- motivasi kendiri pelajar untuk belajar dengan berkesan. pelajar akan bermotivasi jika mereka mempunyai kualiti kendiri yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya

PERANCANGAN MASA- membantu pelajar merancang kaedah ynag terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi sesuatu tugasan. pelajar merancang lebih awal tugasan dan menggunakan masa dengan berkesan untuk mencapai matlamat

PENGAWALAN TUMPUAN- memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan pembelajaran. cuba fokuskan tumpuan pada isi-isi pelajaran yang ada dan hindari fikiran dan emosi daripada terganggu dan tidak fokus

APLIKASI STRATEGI PEMBELAJARAN- pelajar memilih dan menggunakan dengan betul cara untuk memproses bahan yang diperolehi. memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi

MENETAPKAN MATLAMAT- mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran. pelajar perlu tahu perkara yang mereka mahu apabila belajar iaitu: mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik atau hanya untuk mendapatkan pemahaman secukupnya untuk persediaan peperiksaan

PEMANTAUAN KENDIRI- pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada terdapat sebarang perkembangan dalam mencapai matlamat. sentiasa memantau perkembangan semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran jika perlu

PENILAIAN KENDIRI- pelajar menilai sendiri hasil akhir daripada aktiviti pembelajaran. pelajar menentukan sanma ada apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang telah ditetapkan

3 Aspek Umum Akademik dalam Pembelajaran Regulasi Kendiri
-Kawalan akhlak kendiri
-Kawalan motivasi kendiri
-Kawalan strategi kendiri



Gaya Pembelajaran Akses Kendiri
-Pembelajaran akses kendiri (PAK) ialah satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, cara dan tempoh belajar
-Murid belajar secara kendiri melalui bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau perkembangan sendiri
-Murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka

No comments:

Post a Comment