Thursday, 15 September 2016

Bab 1 Pengenalan Kemahiran Belajar : Persekitaran Pembelajaran di IPG

Assalamualaikum semua! Anda semua tengah buat apa agaknya ya cuti-cuti begini? Kalau pelajar-pelajar IPG sudah tentu sibuk untuk menyiapkan assignments masing-masing kan?

Haa kali ini saya akan kongsikan kepada anda semua tentang persekitaran pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Seperti mana yang diketahui oleh semua,,

Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru. Bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI).

Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian. Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG.

Persekitaran dan budaya pembelajaran di IPG adalah jauh berbeza dengan situasi yang anda pernah alami ketika berada di alam persekolahan. Persekitaran di IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan dimensi budaya seperti yang berikut:


BUDAYA ILMU
Pembelajaran sepanjang hayat
Berilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini (syumul)
Menguasai, mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu
Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
Mengamalkan penyelidikan



    BUDAYA KEPIMPINAN
Kebolehan membuat keputusan
Pemikiran reflektif
Berupaya menyelesaikan masalah
Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan
Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran
Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran
Kesetiaan kepada organisasi
Menepati masa, cekap, tepat dan mematuhi prosedur
Menitikberatkan kerja sepasukan dala, menjayakan aktiviti organisasi



   BUDAYA AKHLAK DAN MORAL
Sentiasa bersyukur
Merendah diri (tawaduk)
Redha dengan qada dan qadar
Taqwa
Ikhtiar dan doa
Mematuhi etika



   BUDAYA PENYAYANG
Keprihatinan dengan makhluk
Sayang diri, keluarga dan masyarakat
Sayang akan profesion
Sayang akan alam sekitar
Sayang akan warga dan organisasi
Sayang akan negara
Kesihatan dan Kecergasan fizikal
Kematangan emosi
Ketenangan rohani dan bertaqwa
Keterbukaan minda, positif, matang dan rasional
Persekitaran mesra



   BUDAYA ESTETIKA
 Kehalusan budi
Keunggulan peribadi
Kesempurnaan kerja
Keindahan kebudayaan dan bangsa
Keindahan persekitaran



Itulah diantara serba sedikit nilai yang dapat dipupuk apabila kita berada di IPG..Jadi, kepada adik-adik lepasan SPM yang berminat hendak menjadi guru bolehlah memohon untuk sambung belajar di IPG..
Setakat ini sahaja coretan yang dapat saya kongsikan pada petang ini.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

No comments:

Post a Comment