Monday, 19 September 2016

Bab 3 Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat : Pencarian di Perpustakaan

Anda boleh masuk ke laman web perpustakaanhttp://mylibrary.unimap.edu.my/. 

Selepas itu, anda perlu ke bahagian Access to World Resources dan mulakan carian menggunakan WorldCat Discovery. 

Ia akan menyenaraikan semua koleksi yang disediakan oleh perpustakaan seperti buku, buku atas talian (e-books), jurnal atas talian (e-journals), majalah, tesis, piawaian, dan koleksi multimedia.

Bab 3 Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat : Pengurusan Maklumat

Definisi dan Konsep Maklumat

Menurut beberapa kamus umum,maklumat ialah data,bahan dan pengetahuan.Selain itu,maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.Ciri-ciri maklumat termaksuklah relevan,boleh dipercayai,boleh difahami,lengkap,tepat pada masanya dan membantu mengurangkan ketidakpastian.Mankala data tidak dianggap sebagai maklumat sekiranya lapuk atau ketinggalan daripada realiti sebenar,kabur,tidak jelas,tidak lengkap atau bukan dalam format yang diperlukan.Contoh organisasi yang menguruskan maklumat ialah perpusatkataan,arkib,muzium,galeri seni dan internet.Seorang individu yang cekap,tidak kira sama ada seorang itu adalah seorang pelajar,profesiona,atau seorang pekerja mesti berupaya mengenalpasti keperluan-keperluan maklumatnya,iaitu tahu bagaimana untuk mengesan,mengakses,mendapat semula,menlai,menyusun dan menggunakkan maklumat itu.Seseorang itu perlu tahu bagaimana memperolehi manfaat daripada maklumat yang telah dikumpulkan untuk menjadi seseorang yang celik maklumat(Lau 2006). Maklumat iaitu pengetahuan diperoleh menerusi proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia di sekeiling kita.Proses mengumpul maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat,sejak lahir sehingga ke akhir hayat.Sepanjang kehidupan setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baru.

Definisi dan Pernyataan Keperluan Maklumat
kebolehan untuk mendefinisi atau mengenal pasti keperluan maklumat kebolehan untuk memutuskan untuk berbuat sesuatu bagi mencari maklumat kebolehan untuk menyatakan dan mendefinisi keperluan maklumat keboleham untuk memulakan proses pencarian

Pengesahan Maklumat
kebolehan untuk mengenal pasti dan menilai sumber-sumber maklumat berpotensi kebolehan untuk menghasilkan strategi pencarian kebolehan untuk mengakses sumber-sumber maklumat terpilih kebolehan untul memilih dan mendapatkan semula maklumat yang dikesan

Pentaksiran Maklumat
kebolehan untuk menganalisis ,memeriksa dan mengekstrak maklumat kebolehan untuk membuat tanggapan umum dan mentafsir maklumat keboehan untuk memilih dan mensintesis maklumat kebolehan untuk menilai ketepatan dan kerelevanan maklumat yang didapatkan semula

Penyusunan Maklumat
kebolehan untuk menyusun dan mengkategorikan maklumat kebolehan untuk mengelompokkan dan menyusun maklumat yang telah diperoleh kebolehan untuk menentukan maklumat mana yang terbail dan paling berguna

Penggunaan Maklumat

kebolehan untuk mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi,mempersembah dan menggunakan maklumat kebolehan untuk menggunakan maklumat yang telah diperoleh kebolehan untuk mempersembah produk maklumat

Bab 3 Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat : Pencarian Sumber Maklumat

KEMAHIRAN MENCARI MAKLUMAT

Maklumat yang tepat menjamin ketepatan keputusan dan keberkesanan tindakan. Tanpa maklumat tertentu sesetengah keputusan tidak dapat dibuat atau sekiranya dibuat, boleh membawa akibat yang buruk dan mengaibkan.

Dalam dunia yang semakin berasaskan maklumat dan mengalami kebanjiran maklumat, kita harus bijak mencari jalan bagi mendapat maklumat yang tepat dan menggunakannya dengan berkesan.

Kemahiran mencari maklumat adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Tetapi kemahiran mencari maklumat juga bergantung kepada kedudukan ekonomi dan tempat di mana kita berada.


Ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui dan difahami untuk melengkapkan diri sebagai pencari maklumat yang mahir dan aktif.

Pertama sekali adalah mengetahui dorongan / sebab mencari maklumat, diikuti dengan memahami sikap manusia apabila berdepan dengan maklumat. Setiap orang mempunyai dorongan yang berbeza semasa mencari maklumat. Ada yang memerlukannya untuk tujuan ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan lain-lain. Dorongan yang berbeza ini membentuk persepsi dan motivasi yang berbeza pula semasa berdepan dengan maklumat.

Manakala sikap atau psikologi manusia itu turut mempengaruhi kemahiran mereka dalam mencari maklumat. Terdapat berbagai teknik untuk menganalisa sikap manusia semasa berhubungan dengan dunia maklumat.

Salah satu teknik itu menunjukkan ada orang yang mencari maklumat sekadar di permukaan, ada yang mencari secara mendalam dan ada pula yang bersifat meneroka sejauh yang mungkin secara rawak.

Memahami keperluan maklumat diri dan cara diri kita mencari maklumat adalah satu bentuk pemahaman di peringkat meta yang membolehkan kita menguasai kemahiran maklumat pada tahap yang lebih baik.

Selain itu, kemahiran mencari maklumat juga bergantung kepada sejauh mana seseorang itu tahu tentang bentuk dan sumber maklumat.

Maklumat boleh wujud dalam bentuk artifak, lukisan, imej, ensiklopedia, indeks, abstrak, buku tahunan, almanak, jurnal, buku, majalah, cakera padat, mikrofilem, mikrofiche, lisan, kaset, video dan banyak lagi.


Manakala sumber maklumat pula boleh jadi daripada manusia, bahan bercetak, bahan digital, bahan artifak, bahan filem, bahan seni, bahan bunyi dan lain-lain.

Kemahiran mencari maklumat bagi setiap bentuk dan sumber ini berbeza pula dan memerlukan teknik yang berbeza juga untuk mendapat hasil yang sepatutnya.

Contohnya untuk mencari bahan digital melalui enjin carian Google, sekiranya seseorang itu memahami konsep asas capaian kembali maklumat atau information retrieval dia akan dapat mencari bahan dengan lebih tepat berbanding orang yang tidak tahu. Begitu juga apabila ingin mencari bahan bercetak di perpustakaan, ada peraturan asas penyusunan buku di perpustakaan yang perlu difahami seperti nombor panggilan dan cara pengelasan bahan.

Termasuk dalam kemahiran mencari maklumat adalah kebolehan kita menduga di mana bahan yang kita kehendaki berada. Ini perlu dipelajari berdikit-dikit melalui pengalaman mencari maklumat yang terdahulu ataupun daripada pembacaan dan penerangan orang lain.

Ada bahan digital yang boleh didapati di Internet, tetapi ada juga bahan yang kita tahu wujud di dunia maya tetapi tidak boleh dicapai kecuali menggunakan kata laluan dan sebagainya. Kita perlu peka dan menyiasat kewujudan bahan itu di tempat kita, mungkin melalui institusi tertentu yang boleh membantu.

Ada juga bahan yang istimewa dan disimpan di tempat khusus dan memerlukan kebenaran khusus untuk menggunakannya seperti artifak atau bahan arkib.

Terakhir sekali adalah kebolehan kita untuk menilai maklumat yang telah berjaya kita cari, dan ini masih lagi merupakan rentetan daripada kemahiran kita mencari maklumat. Kemahiran menilai maklumat ini wajar dibicarakan dalam satu ruangan lain yang akan memberi kesempatan sebuah penerangan yang lebih sempurna.

Semua kemahiran mencari maklumat yang disebutkan di atas ada ditawarkan di pusat pengajian tinggi oleh pihak perpustakaan. Malah di peringkat antarabangsa, kemahiran ini dijadikan suatu subjek wajib bagi setiap fakulti dengan usaha sama antara pensyarah dan pustakawan.

Walaupun masih jarang kedengaran perpustakaan awam di negara ini mengambil daya usaha membuka kelas khas kemahiran mencari maklumat, tetapi ia patut dijadikan satu agenda penting sesebuah perpustakaan.

Melalui cara ini perpustakaan dapat bergerak seiring dengan keperluan masyarakat yang sentiasa berdepan dan adakalanya terbeban dengan kebanjiran maklumat. Usaha untuk merentas jurang digital dan mengejar kemajuan teknologi negara maju pula harus menjadi agenda penting negara supaya rakyat sendiri tidak tercicir dalam menguasai maklumat, kerana maklumat adalah suatu bentuk kuasa.

Friday, 16 September 2016

Bab 2 Pengurusan Pembelajaran : Perancangan Jadual Belajar

Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain.  Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran.  

Sebagai pelajar anda mestilah:

Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari.  Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 - 7 jam sehari.  Jangan pula salah faham, maksud 5 - 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan.  Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam.  Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.


Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza.  Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit.  Jangan paksa diri anda.  Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika.  Iaitu lebih kurang 5 minit.  Selepas itu sambung semula belajar.  Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya. 

Dalam satu sesi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu.  Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.


Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar.  Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan.  Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik.  Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai.


Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tetang bahan-bahan yang mahu diulangkaji.  Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.

Sediakan senarai tugas harian ("TO DO" lists) pada malam sebelumnya.  Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari.  Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan.  Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey "Put first things first".

Rekodkan progress anda pada sehelai kertas.  Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” anda.

Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.

Gunakan teknik membaca yang berkesan.  Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.

Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”.  Iaitu proses memanggil semula maklumat.

Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain.  Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 - 2 jam dalam sehari.  Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.


Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun?  Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?

Bab 2 Pengurusan Pembelajaran : Stratergi Meningkatkan Daya Ingatan

Umumnya daya ingatan atau kemahiran kognitif seseorang itu akan berkurangan secara beransur-ansur selepas umur 27 tahun. Namun begitu, beberapa usaha boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari penyakit Alzheimer dan nyanyuk yang lain.
working-memory

Pakar-pakar kognitif menggariskan beberapa kaedah bagi meningkatkan daya ingatan, iaitu dengan:

1. Senaman dan aktiviti fizikal (seperti berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift) secara rutin

Ini dapat menyihatkan jantung, kurang risiko obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak.


2. Tukar rutin harian

Membuat rutin harian atau melihat perkara yang sama setiap hari menjadikan otak kita kurang berfungsi secara maksimum kerana tidak perlu berfikir. Ini menjadikan otak kurang aktif dan akan mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan. Contohnya, tukar cat dinding atau wall paper, ikut jalan berlainan untuk pergi ke tempat biasa atau tempat kerja supaya otak lebih peka dan berfikir.

3. Tidur sekejap waktu siang

Kelebihan tidur sekejap waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, sudah menjadi sunnah Rasulullah SAW sejak lebih daripada >1430 tahun yang lalu. Kini, kelebihan tidur sekejap waktu siang juga telah diakui oleh pakar kerana ia dapat mempercepatkan proses yang membantu otak menguat dan menyimpan ingatan bagi tempoh yang lama.


4. Minda fotograf

Ingatan diproses dan disimpan di kawasan berlainan dalam otak. Oleh itu, bagi membantu menguatkan ingatan, amalkan minda fotograf iaitu dengan cara tangkap gambar di minda menggunakan deria yang ada, seperti deria penglihatan (lihat dan ingat apa-apa yang anda lihat, perhatikan warna, tekstur, rupa bentuk yang unik, dsb. yang boleh mengingatkan anda sesuatu yang pernah dilihat.), deria bau (camkan bau-bau tertentu), deria rasa (camkan rasa tertentu) dan lain-lain.
Menggunakan minda fotograf ini dapat membantu anda mengingati sesuatu dalam tempoh yang lama.

5. Kurangkan makan

Kajian menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% dapat skor ujian memori lebih baik 20% berbanding sebelumnya. Ini mungkin disebabkan oleh pengurangan tahap insulin dihasilkan kerana ia kurang diperlukan untuk memproses makanan yang berkurangan jumlahnya, dan juga pengurangan protein C-reaktif yang berkait dengan keradangan. Kedua-dua faktor ini dapat memperbaiki daya ingatan.
Kajian juga mendapati orang yang makan dengan diet Mediterranean iaitu makanan yang kaya dengan sayuran, kekacang, ikan dan minyak monotepu (seperti minyak zaitun), daging dan produk tenusu kurang lemak mempunyai risiko paling rendah menghadapi masalah kognitif dan penyakit Alzheimer.


6. Permainan latih otak

Permainan latih otak seperti sudoku, silang kata, dan lain-lain, dapat membantu menguatkan daya ingatan dan melambatkan nyanyuk.

7. Layari internet

Beri masa bagi melayari internet dalam tempoh tertentu bagi melatih otak semasa mencari maklumat. Pakar neurologi yang bernama Gary Small (Pengarah di UCLA Memory & Aging Center, USA yang juga pengarang buku iBrain mengatakan bahawa melayari internet untuk mendapat sesuatu maklumat juga dianggap sebagai kursus latihan otak, terutamanya bagi orang-orang yang berumur antara 55 hingga 76 tahun. Ini dapat membantu mereka dalam membuat keputusan kerana maklumat yang banyak dalam minda/otak.



8. Berhenti sekejap untuk minum teh atau kopi

Teh hijau dan teh hitam memberi kesan perlindungan ke atas ingatan dengan cara mempengaruhi dan merangsang enzim di dalam otak supaya berfungsi. Kafein yang banyak dalam kopi pula meningkatkan konsentrasi. Namun begitu, jangan minum kafein secara berlebihan jika mahu mendapatkan manfaatnya, terutamanya bagi melambatkan fenomena nyanyuk pada hari tua.


9. Atasi depresi (kemurungan)

Depresi yang tidak dirawat boleh mengganggu memori/daya ingatan. Jika anda mengalami depresi, segera dapatkan nasihat dan rawatan doktor.

10. Amalkan multi-tasking (kerja pelbagai)

Multi-tasking atau kebolehan melakukan pelbagai kerja/tugas dalam satu masa boleh meningkatkan daya ingatan. Contohnya, dengar muzik atau radio sambil belajar. Dengan cara ini, ingatan boleh dikembalikan atau ditajamkan dengan mengingati sesuatu melodi tersebut. Jika tidak boleh membuat beberapa kerja dalam satu masa, anda perlulah belajar dan praktiskan.

11. Kawal tahap gula dalam darah

Kajiaan menunjukkan fungsi otak menjadi perlahan apabila tahap gula dalam darah naik. Ini kerana salur darah yang membekalkan darah ke otak rosak. Jika anda pengidap diabetes Type-2, tahap gula dalam darah perlu dikawal. Jika sekiranya anda bukan pesakit diabetes, berat badan yang normal perlu dijaga dengan mengamalkan diet seimbang dan kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat bagi mengurangkan risiko mendapat diabetes.

12. Senaman mata

Gerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat sebagai senaman mata. Ini dapat membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berkomunikasi dengan baik, maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan.


13. Makan sayuran hijau

Kekurangan folate dan vitamin B12 akan meninggikan risiko nyanyuk. Sayuran hijau pula merupakan sumber folate yang baik (contohnya, sayur salad, bayam, asparagus, parsley, brokoli, cauliflower (bunga kobis), beets dan sayur kacang) bagi mengurangkan nyanyuk. Selain itu, suplemen seperti vitamin C, gingko biloba, vitamin E dan kismis juga digalakkan.

14. Tangani apnea tidur

Orang yang mengalami apnea semasa tidur (iaitu keadaan yang melibatkan laluan udara tersumbat semasa tidur menyebabkan pernafasan terhenti sebentar) akan menyebabkan keadaan tisu di otak yang menyimpan memori akan merosot.

15. Belajar sesuatu yang baru

Dalam kehidupan seharian, banyak perkara atau aktiviti baru yang boleh dipelajari, selain daripada aktiviti yang biasa dilakukan secara rutin. Contohnya, permainan latihan minda yang baru, belajar bahasa baru, dan aktiviti-aktivi lain. Ini akan meningkatkan daya ingatan.

16. Berhenti merokok

Perokok mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Alzheimer lebih awal daripada bukan perokok.

17. Makan coklat hitam

Coklat hitam yang mengandungi sebatian epicatechin memberi kesan peningkatan daya ingatan seseorang kerana ia membantu pembinaan salur darah. Makanan lain yang mengandungi epicatechin ialah blueberries, anggur dan teh.

18. Letak barang-barang pada tempatnya

Ingatan kita juga perlu kepada sesuatu kedudukan barang yang biasa bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Contohnya, letakkan kunci, cermin mata, payung, remote control atau sebagainya di tempat yang sama setiap masa, jangan selalu diubah-ubah sana sini. Jika selalu ubah barang-barang yang digunakan setiap hari, boleh memeningkan kepala untuk mencarinya, terutama sekali kalau hendak cepat. Jika tenang dan fikirkan semula urutan kejadian tanpa gopoh, otak mampu berfungsi mengingatinya.
Bagi memudahkan diri sendiri mengingati sesuatu perkara, temu janji atau peristiwa, buatlah nota peringatan.

19. Jangan bersara awal

Jika anda gembira dan merasai kepuasan dengan kerja yang dilakukan, janganlah bersara awal. Bekerja akan membantu mengekalkan daya ingatan dan tidak cepat menjadi pelupa atau nyanyuk. Jika bersara anda akan berhenti terus berfikir mengenai kerja kerana anda hanya lakukan kerja rutin yang tidak perlu menggunakan fikiran yang tajam, dan ini akan mempercepatkan lagi seseorang itu menjadi pelupa.

20. Majlis silaturrahim dengan rakan taulan

Mengadakan majlis perjumpaan, majlis ilmu dan bersilaturrahim sesama rakan-rakan dapat meningkatkan daya ingatan, terutamanya bagi warga emas dan mampu melambatkan risiko nyanyuk.

Bab 2 Pembelajaran Kendiri : Model Gaya Pembelajaran Kolb

Assalamualaikum semua! Hehe perasan tak saya ada tertinggal satu lagi model pembelajaran pada post yang lepas tu? Haa kali ini saya akan kongsikan tentang model pembelajaran Kolb yang sememangnya agak susah untuk diaplikasikan oleh para pelajar pada hari ini.


Model Pembelajaran Kolb

Model pembelajaran David Kolb merupakan model pembelajaran yang didasarkan pada Teori Pembelajaran Eksperiensial (Eksperiential Learning Theory), sebagaimana yang dijelaskan dalam bukunya Experiential Learning : Experience as the Source of Learning and Development (1984). 

Dalam memahami pengalaman model ELT (Eksperiential Learning Theory). Ini mempunyai dua pendekatan yang saling berkaitan, yaitu Pengalaman Konkret dan Konseptualisasi Abstrak, serta ada juga pendekatan untuk mengubah pengalaman, yaitu Observasi Reflektif dan Eksperimentasi Aktif.

Dalam model Kolb, proses belajar yang ideal dalam hubungannya dengan tuntutan-tuntutan situasional melibatkan empat tahap. Agar pembelajaran lebih aktif, keempat pendekatan di atas harus disertakan. Namun, kerana individu berusaha menggunakan semua pendekatan tersebut, mereka cenderung mengembangkan kekuatan pada satu pendekatan-pemahaman pengalaman dan satu pendekatan-transformasi pengalaman. Oleh kerana itu, model-model pembelajaran harus mencakup kolaborasi dari pendekatan-pendekatan individual.

Adapun keempat pendekatan-pendekatan yang dimaksut adalah sebagai berikut: 

1. Konvergen, pada umumnya pendekatan ini ditandai dengan kemampuan melakukan konseptualisasi abstrak dan eksperimentasi aktif.

2. Divergen, siswa yang memiliki gaya belajar divergen cenderung lebih suka pada pengalaman konkret dan observasi reflektif. 

3. Asimilasi, mereka yang berfikir asimilatif biasanya lebih menyukai konseptualisasi abstrak dan observasi reflektif. 

4. Akomodasi, pendekatan ini ditandai dengan cenderungnya menggunakan pengalaman konkret  dan eksperimentasi aktif.



Model ini berhasil menemukan metode Learning Style Inventory, yaitu sebuah metode penilaian yang digunakan untuk menentukan gaya belajar individu. Setiap individu bisa saja memiliki memiliki salah satu keempat pendekatan di atas, tergantung pada bagaimana mereka mendekati pembelajaran melalui model teori belajar eksperimental.


Meskipun model Kolb sudah diterima di masyarakat luas dengan dukungan empiris yang memadai, tetapi banyak studi akhir-akhir ini menyatakan bahwa LSI (Learning Style Inventory) masih dianggap gagal.

Bab 2 Pengurusan Pembelajaran : Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri

Assalamualaikum semua! Hari ini saya akan kongsikan tiga gaya pembelajaran kendiri yang mungkin boleh anda semua aplikasikan dalam kehidupan seharian anda sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Mari kita sama-sama lihat dan hayati.


A. Model Gaya Pembelajaran  VARK ( Visual, Aural, Reading- Writting, Kinesthetic Learning)

Model VARK diasakan oleh Neil Fleming pada tahun 2001 (Allen, Scheve & Nieter, 2011). Model ini menerangkan empat  gaya pembelajaran berasakan perbezaan individu iaitu : 


Visual- Pelajar belajar melalui penglihatan iaitu seperti menggunakan carta, poster, grafik dan penggunaan multimedia dalam aktiviti P&P.

Audio- Pelajar belajar melalui pendengaran iaitu seperti kuliah, penerangan

Bacaan--- Menulis semula nota, membuat nota, menghafal, nota,menerangkan semula gambar atau 
model menggunakan perkataan sendiri dalam bentuk Powerpoint.


Kinestetik---  Belajar melalui pengalaman dan penglibatan melakukan aktiviti  pembelajaran iaitu seperti  menggunakan kaedah hands on melalui eksperimen, pembelajaran luar bilik darjah, menggunakan gambar rajah dan foto untuk menerangkan idea  kerja lapangan dan sebagainya.

B. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn

Model Gaya Pembelajaran oleh Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn
Stimulus
Unsur
Ciri-ciri
1.
Alam Sekitar
Bunyi
Suka belajar tanpa bising atau dengan mendengar muzik.

Cahaya
Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya.

Suhu
Suka belajar di tempat yang sejuk atau panas.

Pola
Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di atas lantai.
2.
Emosi
Motivasi
Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru.

Ketabahan
Boleh belajar dalam jangka masa yang pendek atau panjang.

Bab 2 Pengurusan Pembelajaran : Pengurusan Masa

KEMAHIRAN MENGURUS MASA

Pelajar harus dapat mengurus masa dengan baik agar pengunaan masa dapat diseimbangkan diantara aktiviti belajar dengan aktiviti yang lain. Kegagalan mengurus masa dengan berkesan menjadi salah satu faktor kegagalan seseorang. Kejayaan yang telah dicapai oleh nama-nama terbilang di malaysia di dalam peperiksaan yang lalu mengakui bahawa pengurusan masa amat penting di dalam mereka memburu kejayaan.



Pastikan waktu mengulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya 3 jam sehari. Jangan salah faham. Bukan belajar selama 3 jam secara berterusan. 1 jam pada waktu pagi. 1 jam pada waktu petang dan 1 am pada waktu malam.

Kebisaannya tumpuan akan hilang ketika kita mengulangkaji pelajaran. Jangan paksa keadaan ini. Rehatlah sebentar dengan cara menarik nafas atau melakukan senaman ringan atau minum sedikit air kosong (suam) untuk mengembalikan kesegaran.

Untuk mengelakkan kejemuan, pelbagaikan aktiviti semasa belajar. Membuat catatan apa yang dibaca, melafazkan semula apa yang dibaca, menukarkan maklumat di dalam bentuk peta minda boleh dipraktikkan bagi tujuan itu. Proses secara berselang seli akan mendatangkan impak yang berkesan.



Ketika mengulangkaji adalah lebih sesuai kita meletakkan matlamat pada kemampuan jangkuan kita. Tetapkan matlamat berdasarkan peruntukakan masa. Dalam sejam berdasarkan pengalaman yang lalu kita hanya mampu membaca 10 muka surat dengan tumpuan yang sepenuhnya. Oleh yang demikian matlamat untuk menghabiskan 20 muka surat dalam masa sejam adalah tidak tepat. Kerana ia akan mengundang kejemuan dan stress. Kita juga tidak juga boleh hanya menetapkan 5 muka surat sahaja untuk dihabiskan selama 1 jam. Keadaan ini akan mengujudkan keselesaan yang tidak sepatutnya. Belajar dengan terlalu santai tidak setimpal dengan nisbah masa yang digunakan dan tidak tepat dengan matlamat yang ingin dicapai.

Begitu juga ketika kita membuat soalan latihan atau menjawab contoh-contoh soalan lalu. Tetapkan dahulu jumlah set soalan yang ingin dijawab dan sesuaikan masa yang akan digunakan. Latihan penulisan yang biasanya amat membosankan oleh segelintir pelajar perlu dirancang dengan baik. Menulis selain amat memenatkan dari segi fizikal ia juga memenatkan minda kita. Namun perlu diingat hampir 80 peratus soalan di dalam peperiksaan perlu dijawab dengan cara menulis.


Sediakan senarai aktiviti belajar seharian ( list to do ). Pangkahkan kepada kerja-kerja yang telah sempurna dilakukan. Semak semula sepintas lalu tahap pencapaian kerja yang telah selesai. Perbaiki kelemahan pada masa akan datang jika ia melibatkan teknik. Tetapi jika kelemahan itu adalah kelemahan yang besar, perbaiki kelemahan secara semerta agar kelemahan itu tidak terbawa-bawa dan menjadi satu kebiasaan di masa depan. Sediakan senarai to do list untuk hari berikutnya. Agar apabila kita memulakan hari baru perjalanan pembelajaran dan aktiviti yang akan di lalui esok hari akan teratur. Pada kebiasaannya aktiviti pembelajaran hampir sama, namun mungkin berbeza dari tugasan yang kita perlu buat dan selesaikan. Ada tugasan yang diberi oleh guru telah sampai masanya untuk dihantar. ada tugasan berbentuk individu dan mungkin juga ada tugasan yang melibatkan kumpulan. Jangan jadikan diri kita menjadi sebab tugasan kumpulan tidak dapat disempurnakan.



Sistem pengurusan masa yang lebih baik untuk keperluan anda akan membantu anda membuat kerja dalam tempoh yang singkat. Tidak kira sama ada keutamaan anda ialah masa yang lebih daripada yang anda ada sekarang atau gred yang lebih baik, pengurusan masa yang berkesan boleh membantu anda mencapai objektif anda kerana :

-Membantu anda membuat sesuatu ikut keutamaan.
-Membantu anda menghindar perangkap masa
-Membantu anda untuk menjangka peluang-peluang yang ada
-Memberi anda kebebasan dan kawalan
-Membantu anda menghindar daripada konflik masa
-Membantu anda menghindar rasa bersalah
-Membantu anda menilai kemajuan anda
-Membantu anda belajar bagaimana untuk belajar dengan bijak  


                                              
Selain daripada membantu mengurus masa anda dengan betul sekarang dan mencapai matlamat pembelajaran yang terdekat, pengurusan masa berkesan akan memberi faedah jangka panjang. Pernakah anda duduk di dalam kelas dan berfikir, " Saya tidak akan menggunakan bahan-bahan ini setelah tamat sekolah?"
Belajar pengurusan masa sekarang akan membantu anda bersedia untuk masa hadapan ?
Belajar bagaimana mengurus masa anda sekarang akan membentuk tabiat dan kemahiran yang anda boleh gunakan di luar daripada sekolah.
Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat. Cuba anda tanya dan jawab persoalan ini......

Adakah waktu belajar saya setakat ini mencukupi ? ya / tidak
Adakah saya menambah waktu belajar saya menjelang peperiksaan ? ya / tidak
Adakah waktu rehat saya berlebihan ? ya / tidak
Adakah saya menggunakan waktu rehat apabila waktu peperiksaan semakin hampir ? ya / tidak
Adakah saya membaca nota ketika saya menunggu kenderaan semasa hendak pergi dan balik dari sekolah ? ya / tidak
Adakah saya membaca nota saya semasa di dalam perjalanan yang jauh ? ya / tidak
Adakah saya melakukan aktiviti pembelajaran semasa cikgu lambat atau tiada di dalam kelas? ya / tidak
Adakah saya menggunakan sedikit masa untuk matapelajaran yang saya lemah atau tidak minat ? ya / tidak
Adakah saya menghabiskan terlalu banyak masa terhadap masa yang saya minati ? ya / tidak

Dengan pengurusan masa belajar yang saya amalkan selama ini, adakah pencapaian yang diperolehi memuaskan hati saya ? ya / tidak

Bab 2 Pengurusan Pembelajaran : Penetapan Matlamat Diri dan Akademik

"Setiap orang mempunyai matlamat yang sama, cuma cara yang mereka gunakan untuk merealisasikannya mungkin berbeza"

Assalamualaikum semua! Untuk post-post saya yang lepas, saya telah rungkaikan segala persoalan anda tentang konsep kemahiran belajar serta sedikit pendedahan tentang persekitaran pembelajaran di IPG. Diharapkan bagi pelajar-pelajar IPG yang telah membaca post saya yang sebelum ini, bolehlah cuba amalkan, ambil input yang sebaiknya melalui nota-nota tersebut, dan cubalah untuk aplikasikan dalam kehidupan seharian ya.

Okay, pada kali ini, saya ingin kongsikan tentang salah satu subtopic dalam Bab 2 iaitu Pengurusan Pembelajaran iaitu Penetapan Matlamat Diri dan Akademik. 

Penetapan matlamat diri dan akademik boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART



SMART digunakan untuk
membantu individu untuk bagi menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang pengajian dan sepenuh hayat.

SMART
S ---  Specific
M--- Measurable
A--- Attainable
R--- Realistic
T---- Timely
                                ( O'Neill & Conzemius,2006)

S= Spesifk bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan menjawab kesemua soalan siapa, apa, di mana, bila, bagaimana, kenapa.
M=Matlamat yang ditetapkan mesti boleh diukur .
A= Pencapaian yang realistik iaitu boleh diperoleh oleh diri individu berkenaan
R= Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat

T= Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan.

Haa dah jelas kan? Semoga nota yang dikongsikan ini dapat membantu meningkatkan keyakinan diri anda semua dalam menuntut ilmu dengan menimbulkan niat dalam diri anda untuk menetapkan matlamat diri anda serta matlamat akademik anda. InshaaAllah. 

Thursday, 15 September 2016

Bab 1 Pengenalan Kemahiran Belajar : Pembelajaran Regulasi Kendiri

Assalamualaikum!
Hari ini kita akan lihat dengan lebih lanjut berkaitan pembelajaran regulasi kendiri.....


Definisi Pembelajaran Regulasi Kendiri

Pembelajaran regulasi kendiri merupakan suatu proses pembelajaran di mana pelajar:
-menentukan sendiri matlamat pembelajaran masing-masing
-memilih alat bantu belajar mereka sendiri
-menggunakannya dalam pembelajaran mereka
-mengkaji dan menilai pendekatan pembelajaran dan hasil usaha mereka untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu

7 Elemen dalam Proses Pembelajaran Regulasi

MOTIVASI KENDIRI- motivasi kendiri pelajar untuk belajar dengan berkesan. pelajar akan bermotivasi jika mereka mempunyai kualiti kendiri yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya

PERANCANGAN MASA- membantu pelajar merancang kaedah ynag terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi sesuatu tugasan. pelajar merancang lebih awal tugasan dan menggunakan masa dengan berkesan untuk mencapai matlamat

PENGAWALAN TUMPUAN- memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan pembelajaran. cuba fokuskan tumpuan pada isi-isi pelajaran yang ada dan hindari fikiran dan emosi daripada terganggu dan tidak fokus

APLIKASI STRATEGI PEMBELAJARAN- pelajar memilih dan menggunakan dengan betul cara untuk memproses bahan yang diperolehi. memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi

MENETAPKAN MATLAMAT- mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran. pelajar perlu tahu perkara yang mereka mahu apabila belajar iaitu: mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik atau hanya untuk mendapatkan pemahaman secukupnya untuk persediaan peperiksaan

PEMANTAUAN KENDIRI- pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada terdapat sebarang perkembangan dalam mencapai matlamat. sentiasa memantau perkembangan semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran jika perlu

PENILAIAN KENDIRI- pelajar menilai sendiri hasil akhir daripada aktiviti pembelajaran. pelajar menentukan sanma ada apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang telah ditetapkan

3 Aspek Umum Akademik dalam Pembelajaran Regulasi Kendiri
-Kawalan akhlak kendiri
-Kawalan motivasi kendiri
-Kawalan strategi kendiri



Gaya Pembelajaran Akses Kendiri
-Pembelajaran akses kendiri (PAK) ialah satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, cara dan tempoh belajar
-Murid belajar secara kendiri melalui bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau perkembangan sendiri
-Murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka

Bab 1 Pengenalan Kemahiran Belajar : Pembelajaran Regulasi Kendiri

Assalamualaikum!
Hari ini kita akan lihat dengan lebih lanjut berkaitan pembelajaran regulasi kendiri.....


Definisi Pembelajaran Regulasi Kendiri

Pembelajaran regulasi kendiri merupakan suatu proses pembelajaran di mana pelajar:
-menentukan sendiri matlamat pembelajaran masing-masing
-memilih alat bantu belajar mereka sendiri
-menggunakannya dalam pembelajaran mereka
-mengkaji dan menilai pendekatan pembelajaran dan hasil usaha mereka untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu

7 Elemen dalam Proses Pembelajaran Regulasi

MOTIVASI KENDIRI- motivasi kendiri pelajar untuk belajar dengan berkesan. pelajar akan bermotivasi jika mereka mempunyai kualiti kendiri yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya

PERANCANGAN MASA- membantu pelajar merancang kaedah ynag terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi sesuatu tugasan. pelajar merancang lebih awal tugasan dan menggunakan masa dengan berkesan untuk mencapai matlamat

PENGAWALAN TUMPUAN- memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan pembelajaran. cuba fokuskan tumpuan pada isi-isi pelajaran yang ada dan hindari fikiran dan emosi daripada terganggu dan tidak fokus

APLIKASI STRATEGI PEMBELAJARAN- pelajar memilih dan menggunakan dengan betul cara untuk memproses bahan yang diperolehi. memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi

MENETAPKAN MATLAMAT- mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran. pelajar perlu tahu perkara yang mereka mahu apabila belajar iaitu: mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik atau hanya untuk mendapatkan pemahaman secukupnya untuk persediaan peperiksaan

PEMANTAUAN KENDIRI- pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada terdapat sebarang perkembangan dalam mencapai matlamat. sentiasa memantau perkembangan semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran jika perlu

PENILAIAN KENDIRI- pelajar menilai sendiri hasil akhir daripada aktiviti pembelajaran. pelajar menentukan sanma ada apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang telah ditetapkan

3 Aspek Umum Akademik dalam Pembelajaran Regulasi Kendiri
-Kawalan akhlak kendiri
-Kawalan motivasi kendiri
-Kawalan strategi kendiri



Gaya Pembelajaran Akses Kendiri
-Pembelajaran akses kendiri (PAK) ialah satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, cara dan tempoh belajar
-Murid belajar secara kendiri melalui bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau perkembangan sendiri
-Murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka

Bab 1 Pengenalan Kemahiran Belajar : Persekitaran Pembelajaran di IPG

Assalamualaikum semua! Anda semua tengah buat apa agaknya ya cuti-cuti begini? Kalau pelajar-pelajar IPG sudah tentu sibuk untuk menyiapkan assignments masing-masing kan?

Haa kali ini saya akan kongsikan kepada anda semua tentang persekitaran pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Seperti mana yang diketahui oleh semua,,

Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru. Bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI).

Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian. Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG.

Persekitaran dan budaya pembelajaran di IPG adalah jauh berbeza dengan situasi yang anda pernah alami ketika berada di alam persekolahan. Persekitaran di IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan dimensi budaya seperti yang berikut:


BUDAYA ILMU
Pembelajaran sepanjang hayat
Berilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini (syumul)
Menguasai, mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu
Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
Mengamalkan penyelidikan



    BUDAYA KEPIMPINAN
Kebolehan membuat keputusan
Pemikiran reflektif
Berupaya menyelesaikan masalah
Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan
Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran
Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran
Kesetiaan kepada organisasi
Menepati masa, cekap, tepat dan mematuhi prosedur
Menitikberatkan kerja sepasukan dala, menjayakan aktiviti organisasi



   BUDAYA AKHLAK DAN MORAL
Sentiasa bersyukur
Merendah diri (tawaduk)
Redha dengan qada dan qadar
Taqwa
Ikhtiar dan doa
Mematuhi etika



   BUDAYA PENYAYANG
Keprihatinan dengan makhluk
Sayang diri, keluarga dan masyarakat
Sayang akan profesion
Sayang akan alam sekitar
Sayang akan warga dan organisasi
Sayang akan negara
Kesihatan dan Kecergasan fizikal
Kematangan emosi
Ketenangan rohani dan bertaqwa
Keterbukaan minda, positif, matang dan rasional
Persekitaran mesra



   BUDAYA ESTETIKA
 Kehalusan budi
Keunggulan peribadi
Kesempurnaan kerja
Keindahan kebudayaan dan bangsa
Keindahan persekitaran



Itulah diantara serba sedikit nilai yang dapat dipupuk apabila kita berada di IPG..Jadi, kepada adik-adik lepasan SPM yang berminat hendak menjadi guru bolehlah memohon untuk sambung belajar di IPG..
Setakat ini sahaja coretan yang dapat saya kongsikan pada petang ini.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Bab 1 Pengenalan Kemahiran Belajar : Konsep Kemahiran Belajar

Sebelum merujuk kepada definisi kemahiran belajar, kita terlebih dahulu perlu merujuk kepada pengertian kemahiran dan juga pengertian belajar.

Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke3), kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian. Manakala, belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Hal ini kerana adanya rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai dengan organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak, membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan serta perubahan tingkah laku seseorang.


Dengan kata lain,  belajar adalah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Selain itu, belajar juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi dan mengaplikasikannya kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.

Di samping itu, belajar adalah cara memproses maklumat yang membawa kepada perubahan pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran seseorang. Pelbagai sifat boleh didapati dalam diri manusia. Cara belajar, mahupun persepsi manusia terhadap belajar juga turut berlainan. Walaupun belajar telah menjadi satu kebiasaan dan kewajiban bagi manusia pada zaman ini, namun masih terdapat segelintir manusia yang menganggap belajar itu adalah suatu proses yang susah.maka secara tidak langsung wujudlah kelompok masyarakat yang tidak gemar belajar dan seterusnya tidak belajar sehingga mana-mana peringkat kelulusan pun.


Namun, dalam keadaan sedar atau pun tidak, belajar bukan sahaja untuk golongan bijak pandai, golongan kaya dan ia juga tidak dijalankan pada setiap hari dan setiap masa secara formal. 

Sebenarnya, tiada alasan bagi sesiapa pun untuk tidak belajar kerana manusia mengalami proses belajar pada bila-bila masa sahaja termasuklah belajar dari pengalaman hidup.

Ramai yang menganggap belajar hanya boleh berlaku di dalam kelas, bersama guru yang mengajar, mengambil nota, dan mengulangkaji untuk peperiksaan. Hakikatnya, belajar boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila malah dengan sesiapapun. Contohnya, sejak kecil lagi manusia telah mula belajar. Belajar untuk bertatih, berjalan dan bercakap. Proses awal ini berlaku apabila manusia belajar mendengar suara ibu bapa, mengenal persekitaran dan seterusnya belajar menggunakan sentuhan, pandangan, pendengaran, bau dan rasa.


Manakala, definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian dan pendapat terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu.

Seterusnya, Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan.Justeru itu,kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar.

Menurut Selmes (1987), kemahiran belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran Belajar merupakan keupayaan dan kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju kearah pembelajaran seumur hidup.

Kesimpulannya, dalam usaha untuk mendapatkan kejayaan akademik, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan supaya dapat mengurangkan masalah belajar setiap pelajar.